Isnin, 20 Februari 2012

Anak Luar Nikah Dan Hala Tuju Negara

Gambar Contoh

Boleh anda bayangkan 10 hingga 20 tahun akan datang bayi-bayi ini akan membesar. Kemungkinan mereka akan membina satu persatuan. Mungkin juga satu parti yang memperjuangkan kepentingan mereka yang lahir luar nikah.


Mungkin sekarang mereka malu untuk di kenali sebagai anak yang lahir tanpa nikah yang sah. Tapi bayangkan jika suatu hari mereka mempunyai wakil di parlimen untuk memperjuangkan hak mereka di negara ini seperti yang berlaku di negara-negara barat. Di negara barat anak-anak luar nikah di kenali dengan subang yang di pakai di telinga mereka. Mereka ini mempunyai hak yang sama dengan anak yang sah taraf. Darjat mereka sama dengan anak yang sah taraf. Oleh itu mereka tak perlu malu untuk lahir sebagai anak luar nikah.

Jika kita lihat kepada suasana politik sekarang adalah tidak mustahil jika perkara yang sama akan di amalkan di negara kita ini. Bagaimana Melaka sebagai negeri pertama yang mengasaskan pusat penempatan anak-anak luar nikah. Dengan maksud sesiapa pun boleh berzina tanpa rasa bersalah dan takut kerana kini Melaka telah menyediakan tempat untuk membiakkan bayi-bayi yang bakal lahir itu nanti dengan segala kosnya di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kan mudah tu??..berzinalah sepuas hati binatangmu kerana kerajaan bisa mengampunkan perbuatan harammu itu bahkan kerajaan dengan rela hati sanggup membela anak-anak harammu itu.

Sikap kerajaan dan pemimpin yang buta agama beginilah yang sebenarnya merancakkan lagi maksiat zina di kalangan muda mudi. Kerana mereka tak perlu risaukan apa-apa. Mereka hanya perlu fikirkan pusat penempatan mana yang perlu mereka pilih untuk membuang bayi-bayi hasil kerja haram mereka. Apatah lagi semuanya free!!

Oleh itu, semua pihak perlu wajib berperanan dalam membanteras gejala haram zina ini dari terus berleluasa dan membarah dalam masyarakat kita kerana akhirnya di takuti 'tulah' jahanam itu akan terpercik ke baju kita sendiri malah anak-anak keturunan kita sama. Ibu bapa mempunyai amanah yang paling utama untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan agama yang jitu agar anak-anak dengan upaya iman mereka tidak akan memilih untuk terjun ke jurang hina ini.


Melentur buluh biar dari rebungnya.............

Enam bayi luar nikah lahir dalam sejam

(21 Febuari 2012)


MASHITAH beramah mesra dengan remaja yang mendiami Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA - Purata enam bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara ini bagi setiap sejam hasil perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008.
Perkara itu yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar di JPN pada 2008 hingga 2010.
“Itu angka yang didaftarkan, mungkin ramai lagi bayi yang tidak didaftarkan kita tidak tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di sini semalam.
Turut hadir ialah Yang Dipertua rumah kebajikan itu, Juhaidi Yean Abdullah.
Kata Mashitah lagi, purata dalam setahun seramai 50,727 bayi tidak sah taraf dilahirkan manakala dalam sebulan seramai 4,227 dan sehari adalah 141 bayi.
“Dalam hal ini ibu, bapa perlu memainkan peranan mereka supaya anak-anak yang mengandung anak luar nikah tidak melakukan tindakan sehingga membuang bayi mereka.
“Ada tempat perlindungan seperti di Baitul Fiqh ini yang boleh membantu, anak-anak mereka kembali ke pangkal jalan dan membantu meneruskan kehidupan seterusnya,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan