Rabu, 22 Februari 2012

Ulama' Jahat Yang Lebih Jahat Dari Dajjal Dan Lawannya



Ulama' itu ada dua jenis. Pertama Ulama' akhirat. Kedua Ulama' Dunia.
(1) Ulama' Dunia : Mereka mengetahui hukum yang zahir seperti halal dan haram, sah dan batal, makruh dan mubah, sunat dan fardhu, rukun dan syarat, dan mengetahui rukun yang pada dunia seperti hukum nikah sahnya dan batalnya, hukum berniaga sahnya dan batalnya, halalnya dan haramnya, dan mengetahui perselisihan pandangan di antara ulama'. Tetapi mereka kasihkan dunia dan segala kemuliaannya. Sabda Nabi : أنا من غير الدّجّال أخوف عليكم من الدّجّال فقيل وما هو يا رسول الله فقال علماء السّوء : (selain dari dajjal, ada perkara yang lebih aku takutkan atas kamu. Maka di tanya ; siapakah itu Ya RasuluLLAH? Maka sabda Nabi mereka adalah Ulama' yang jahat).
 
Mereka tidak beramal dengan ilmu mereka dan sangat suka berdampingan dan menziarahi Raja-raja dan pembesar-pembesar dari kalangan pemerintah. Dan jika mereka berkhidmat dengan pemerintah mereka akan menjadi hamba kepada pemerintah iaitu mereka akan mengiyakan segala perbuatan salah pemerintah dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta hadith Nabi secara salah untuk membenarkan perbuatan jahat pemerintah. Mereka melakukan ini kerana mereka takut kehilangan pangkat dan harta dunia jika berkata benar.

Oleh itu hendaklah jauhi diri dari mereka atau menuntut ilmu dari mereka. Kerana mereka ini lebih jahat dari Syaitan dan tidak berkat ilmu mereka. Kerana belajar dari mereka menyebabkan jahat sangka dan membawa kepada hilang keberkatan.


Manakala sebaliknya...


(2) Ulama' Akhirat : Mereka tidak suka akan kemuliaan dan kemegahan dunia dan mereka beramal dengan ilmu mereka serta takut kepada amaran Allah. Mereka cinta akan ilmu-ilmu untuk menyucikan hati iaitu ilmu tasawuf. Mereka benci segala maksiat zahir seperti mengumpat, menipu, zina dll, serta maksiat batin yang di cela oleh syara' seprti riya','ujub, sum'ah, takabbur, hasad dll.

Mereka ini tidak mendambakan upah dunia dari ilmu yang mereka ajarkan, tidak suka marah dan suka memaniskan muka ketika berjumpa pelajar mereka dan manusia lain.


Maka hendaklah merendah diri kepada mereka (beradab) dan tuntutlah ilmu dari mereka sekalipun mereka adalah seorang hamba berkulit hitam. Sesungguhnya menuntut dari mereka akan mendapat berkat ilmu.

1 ulasan:

  1. Baru baca. Terima kasih byk2 Ustaz atas perkongsian ilmu.

    BalasPadam