Selasa, 8 Mei 2012

Pertandingan Tilawah dan Ragamnya



Qari Dr Ahmed Nuaina
Saban tahun, bila tiba bulan febuari sebahagian masyarakat ‘pembaca Al-Quran bertarannum’ mula dilihat resah dan gelisah. Tidur tak lena, makan tak lalu. Setiap orang di kalangan mereka mula membilang hari. Hari-hari yang di lalui tiada lagi suka dan ketawa yang menjadi-jadi. Bagi mereka, pertandingan yang bakal mendatang tak lama lagi tidak akan di sia-siakan begitu sahaja.
Lalu tanpa membuang masa segelintir mereka mula menjenguk tok-tok guru yang sudah berbulan-bulan di lupakan semenjak habis pertandingan tahun yang lalu. Dengan kesungguhan yang tinggi mereka akan mula berlatih bacaan berlagu dengan kesungguhan yang luar biasa. Sama ada bersama tok-tok guru mahu pun berseorangan, mereka akan terus mengasah suara-suara mereka untuk mengalunkan lagu-lagu yang menarik dan lebih menarik. Mereka ini terdiri dari kalangan orang-orang separuh mahir dalam bidang tarannum. Memulakan latihan ketika ini dikatakan sudah sedikit terlewat namun sedikit awal jika dibandingkan dengan memulakan latihan di waktu kecederaan.
Segelintir mereka pula akan mula bertemu ‘tok-tok guru tinggal’ mereka di waktu-waktu kecederaan. Biasanya, mereka akan mula tersedar dari mimpi yang terlalu indah apabila menerima panggilan dari Jabatan Agama Daerah menjemput mereka sebagai peserta pertandingan. Maka dengan penuh kekalutan dan kegabraan mereka mula menagih simpati ‘tok-tok guru tinggal’ untuk menunjuk ajar dan menghangatkan kembali ‘ilmu bermusim’ mereka. Namun kebanyakan mereka ini hanya akan berlatih di rumah tok-tok guru sahaja. Tidak ramai dari kalangan mereka yang akan menyambung latihan apabila bersendirian di rumah.
Ada juga segelintir yang memilih untuk percaya kepada kemahiran dan kehebatan diri sendiri. Mereka tidak memerlukan guru untuk menunjuk ajar mereka. Biasanya mereka lebih suka mencedok idea dari kaset-kaset, cd, rakaman-rakaman dan video pembaca-pembaca Al-Quran yang lain sama ada yang masyhur atau tidak. Sumber pendengaran mereka ini sangat mudah diperolehi dari internet. Mereka ini biasanya menganggap rakan-rakan seangkatan mereka lebih kurang dari mereka. Jika dilihat dari sudut kedudukan sosial, mereka bukanlah orang yang tidak bersekolah. Ada dikalangan mereka merupakan lulusan agama dari seberang laut. Mereka mempunyai asas pengetahuan agama. Tetapi mereka ini tidak mampu menundukkan keegoan dan ketinggian diri mereka kepada orang lain. Dengan kata lain mereka tidak kenal penyakit-penyakit hati yang sedah mereka hidapi. Namun apa yang baik pada mereka ialah mereka ini sangat rajin mendengar rakaman-rakaman suara yang menjadi sumber idea mereka itu.
Namun apa yang paling menarik ialah wujud di kalangan mereka satu kelompok yang tidak pernah terpengaruh dan terkesan dengan situasi ini. Mereka ini sangat gemar menjadi peserta pertandingan. Hampir setiap tahun ada sahaja muka-muka ini. Mereka bukan orang baru dalam dunia ini. Malah mereka di gelar sebagai “orang lama”. Ada yang sudah 20 tahun menjadi peserta pertandingan, bahkan ada yang meninggal dunia atas pentas pertandingan. Biasanya kualiti bacaan mereka tidak sehebat mana pun, kualiti bacaan mereka ini kebanyakannya menyamai kualiti bacaan budak sekolah, kata seorang guru yang hebat. Dan yang pasti prestasi mereka takkan berubah apatah lagi meningkat kepada yang lebih baik.
Kelompok terakhir yang wujud dalam golongan pembaca Al-Quran bertarannum ini ialah satu kelompok yang sangat mencintai Al-Quran dan segala yang berkaitan dengannya. Setiap hari pasti akan ada masa-masa yang mereka hadiahkan untuk Al-Quran. Sama ada membaca al-Quran, memerhatikan makna-maknanya, tafsirannya, mereka juga akan melatih lidah mereka untuk lebih menepati sebutan yang sebenar yang lebih fasih dengan tujuan untuk memperindahkan Al-Quran yang sudah sedia indah. Mereka malah akan mencari cara yang lebih baik untuk lebih mencantikkan Al-Quran dengan cara melagukan Al-Quran mengikut cara yang dibenarkan oleh syarak. Keinginan yang tinggi untuk menjaga dan memelihara kemurnian dan kecantikan Al-Quran ini menyebabkan mereka ini dengan tanpa dirancang akan sentiasa melatih diri mereka dengan bacaan yang baik setiap saat dan ketika. Golongan ini terlampau sedikit dan hampir-hampir tidak wujud di kalangan mereka.
Akhirnya, bila tiba hari pertandingan semua peserta dengan penuh keyakinan akan mempersembahkan bacaan yang terbaik berdasarkan kemampuan masing-masing walaupun dengan niat dan tujuan yang berbeza. Biasanya masalah dan cakap-cakap tidak akan timbul sebelum peserta naik ke pentas. Bila turun sahaja dari pentas setelah melakukan satu persembahan bacaan maka mula lah timbul cakap-cakap dan rungutan dari peserta. Perkara yang dicakap-cakapkan biasanya berkaitan dengan prestasi suara, harakat tarannum yang tidak mencapai syarat,sesat lagu, salah baris, salah ayat. Andai kata seorang peserta dapat mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang dicakap-cakapkan itu maka peluang untuk mendapat tempat sebagai pemenang adalah tinggi. Jika sebelum naik ke pentas seorang peserta itu dilihat baik dan berakhlak, keadaan akan berubah bila peserta tadi turun dari pentas. Dan akan lebih menonjol apabila keputusan sudah diumumkan.
Peserta yang menang kebiasaannya lebih banyak berdiam diri dan bersyukur atas nikmat kemenangan itu. Namun peserta yang tidak mendapat tempat akan mula memprotes. Tidak semua. Segelintir sahaja yang akan memprotes. Kalau tadi selepas turun dari pentas hanya beberapa perkara yang berkaitan dengan bacaan sendiri sahaja yang di cakap-cakapkan tapi sekarang yang di kritik ialah hakim dan jabatan agama negeri pula. Hakim tak pandai (tidak dinafikan memang wujud), hakim tidur, hakim kurang dengar, hakim berat sebelah, hakim komplot dan bermacam-macam-macam lagi. Jabatan agama pula dah tetapkan pemenang sejak awal lagi dan banyak lagi tuduhan-tuduhan yang timbul. Protes ini pula tidak berhenti di situ malah ia akan berlanjutan hingga kepada pertandingan tahun akan datang. Begitulah pusingan situasinya saban tahun. Masalah yang sama akan berulang dan perkara yang samalah juga akan menjadi bahan percakapan dan perbualan sumbang oleh bekas-bekas peserta yang kalah.
Kadang-kadang oleh sebab sangat tidak berpuas hati dengan kekalahan, mereka sanggup melakukan perkara maksiat yang nyata seperti memfitnah pemenang seperti “dia menang tu sebab dia dah rasuah hakim”, merendah-rendahkan pemenang seperti “dia tak layak menang pun kalau tak percaya dengar lah balik rakaman bacaan dia, yang patut menang adalah aku”, memfitnah hakim seperti “hakim tu dibayar untuk menangkan peserta negeri tu” atau “dah memang itu murid dia takkan nak bagi kalah”. Cakap-cakap ini tidak sahaja berkisar di kalangan kumpulan ini tetapi ia turut disebarkan kepada rakan-rakan luar yang tidak pernah ada kaitan dengan kumpulan ini.
Persoalannya, mengapakah boleh wujud tuduhan-tuduhan dan sikap-sikap yang tidak manis seperti ini di dalam satu kumpulan yang menjadikan Al-Quran sebagai asas perjuangan mereka??. Persoalan ini sepatutnya diajukan kepada mereka yang sangat tidak berpuas hati dengan setiap kali keputusan pertandingan. Paling kurang diharapkan agar ia membataskan kejahatan lidah dan hati dari terus menuang segala “sampah sarap” yang boleh meruntuhkan keutuhan hubungan sesama manusia.
Sepatutnya setiap kali keputusan pertandingan di umumkan masing-masing peserta kembali bermuhasabah melihat kekurangan diri. Mencari di mana lurah dan lopak yang mesti di tutup dan ditampung. Menyelak dan membelek tujuan dan niat ketika menyertai pertandingan. Apakah membetuli tujuan mengapa Al-Quran itu di baca?? Jika tujuan Al-Quran itu di baca untuk mencari nama, wang, masyhur dan terkehadapan maka ketahuilah bahawa ia telah menyeleweng. Andai benar tujuannya bahawa membaca Al-Quran itu kerana ingin menyatakan kehendak yang Maha Berkuasa atas makhluk yang kerdil lalu dengan takut dan berhati-hati melafazkan setiap kalamNya dengan rasa membesarkan kehendaknya. Sudah tentu Allah akan menjaga lidah kita dari sebarang kesilapan. Percayalah!!.
Sang pengkritik mesti sedar natijah setiap pertandingan itu pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Pemenang selalunya tak ramai. Paling banyak pun tiga orang. Itu pun bukan bererti semuanya juara. Bila sudah ada juaranya pasti yang kedua itu naibnya begitulah selepasnya pasti adalah tempat ketiga. Maka yang banyak itu adalah yang kalah. Namun untuk mengurangkan sedikit martabat kekalahan biasanya manusia akan meletakkan nombor untuk setiap peserta. Supaya bila di tanya orang “kamu dapat tempat yang ke berapa??” “aku dapat tempat ke 10”. Maksudnya tempat ke-11 lebih teruk. Begitulah strategi psikologi dalaman yang manusia aturkan supaya setiap peserta setiap pertandingan merasa sedikit terpujuk bila menghadapi situasi kekalahan. Namun yang sangat pasti manusia akan hanya mengatakan bahawa pemenangnya adalah juaranya. Itulah hakikat dan lumrah dunia yang telah Allah aturkan. Alangkah baiknya jika semua manusia dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Seperti mana wujudnya kita semua sebagai makhluk tidak pernah kita pinta. Dan rezeki yang di anugerahkan Allah kepada kita sejak mula kita membentuk darah di dalam perut ibu tidak kita pinta. Setelah keluar menjengah dunia lalu kita dianugerahkan kasih sayang ibu bapa juga tidak kita pinta. Kedudukan anggota badan dan fungsi yang di tentukan setiap daripadanya tidak kita pinta. Semuanya anugerah yang tidak pernah terlintas walau sedetik di hati kita untuk kita dapatkannya. Semuanya telah Allah atur tanpa sedikit pun campur tangan kita. Dia telah mengatur dan menguruskan segala-galanya dengan adil dan teratur walaupun manusia tidak berpuas hati.
Dia Maha Tahu apa yang Dia lakukan. Kerana Dia Maha Bijaksana. Sedang kita jahil segala-galanya. Kita zalim terhadap diri dan Tuhan kita. Dalam limpahan nikmat yang kita kecapi setiap saat masih lagi kita merasakan bahawa Allah berlaku tidak adil pada kita. Sedang kita tidak sedar bahawa Allah itu apabila Dia bertindak pasti Dia akan bertindak dengan kasih sayangnya yang tidak terbatas. Sekalipun nampak zalim di mata kotor kita. Lalu tidakkah keputusan pertandingan itu juga salah satu dari aturan Allah??. Apakah kita berani kata bahawa Allah telah berlaku baik kepada yang menang dan berlaku zalim kepada kita yang kalah??. Berani kita berkata begitu??. Sudah pasti ramai yang berkata “tidaklah aku kata begitu”. Namun dalam tidak sedar, memprotes keputusan pertandingan itu juga sebenarnya adalah bermaksud memprotes aturan yang telah ditentukan Allah.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan kembali kepada ajaran Al-Quran agar kita menjadi pendokong ajaran Al-Quran yang sejati dan terpuji. Akhlak kita biarlah selari dengan kehendak Al-Quran yang kita selalu baca. Mengubah diri kepada keadaan yang lebih itu adalah suatu tuntutan dari Al-Quran. Kenali diri dan prestasi diri dari keputusan pertandingan itu lebih baik dari memprotes kerana sebenarnya memprotes itu mengurangkan kehendak dan keinginan untuk memperbaiki kekurangan diri sendiri.


Wan Ainuddin Hilmi Abdullah
8mei2012

Rabu, 22 Februari 2012

Bertajwidlah Dengan Al-Quran


Ramai yang bertanyakan saya, “ustaz, baca quran bertajwid tu maksudnya kena belajar tajwid ke ustaz??”..”ustaz, kalau kita baca quran dah betul perlu tak lagi kita belajar tajwid??”..”ustaz, saya tak pernah belajar tajwid tapi saya yakin saya baca betul!!”..”ustaz, macam mana kalau kita tak belajar tajwid tapi kita ikut je bacaan imam-imam masjid Mekah??..kira betul la tu kan??”..ustaz, saya ada dengar sorang ustaz tu mengajar tajwid dua minggu je..senang sangat..tak dela lama sangat kena belajar kan ustaz??..macam mana tu??”..”ustaz, macam susah je belajar tajwid ni..tak boleh ke kalau kita terus baca je??”..dan banyak lagi soalan-soalan yang saya terima selama saya menjadi guru Al-Quran.

Yang bertanya ini rata-ratanya lelaki dan perempuan dewasa 40-an dan ke atas. Biasanya bila di tanya,  saya akan bertanya kembali kepada yang bertanya dan sekali gus itulah jawapannya. Itu pun kalau diorang nak faham.

Pertamanya saya nak tanya faham tak tajwid tu apa??.. Dan apa bezanya dengan bertajwid?? ..Apa pula hukum tajwid??.. Kenapa perlu belajar tajwid??..



Ok, saya cuba explain satu persatu ..



Tajwid itu adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud memperelokkan sesuatu. Perkataan ini jika kita gunakan untuk ‘sebutan’ maka ia bermaksud  ‘memperelokkan sebutan’. Jika kita gunakan untuk tulisan maka ia bermaksud memperelokkan tulisan. Dan jika kita gunakan untuk bacaan maka ia bermaksud ‘memperelokkan bacaan’. Kata Ulama’; تجويد الحروف ومعرفة الوقوف ; iaitu “memperelokkan sebutan huruf dan mengenali tempat waqaf”. Di sini Ulama’ menyebut bahawa memperelokkan sebutan huruf-huruf hija’iyyah dan mengenal pasti tempat waqaf ketika membaca Al-Quran itulah yang di katakan bertajwid.

Sayidina Ali Bin Abi Tolib pula mengatakan bahawa tajwid itu ialah ;رعاية المخارج ورعاية الأوصاف ورعاية الأوقاف ; “pelihara tempat keluar huruf, sifat-sifat huruf dan tempat-tempat waqaf”. Sayidina Ali menambah “pelihara sifat huruf” iaitu hak yang sepatutnya kita diberikan kepada setiap huruf apabila kita melafazkan huruf itu. Kalau tebal maka kena sebut tebal begitu juga nipis,tinggi dan banyak lagi. Maka seorang yang menjaga ketiga-tiga perkara ini ketika kita membaca Al-Quran maka baru boleh dikatakan bahawa seorang itu membaca Al-Quran bertajwid. Faham??

Hukumnya??..hukum belajar tajwid adalah fardu kifayah (maksudnya kalau ada yang mahir dengan ilmu tajwid dan mencukupi hanya dengan seorang dirinya atau lebih boleh mengajarkannya kembali kepada penduduk kampungnya)..Tapi ingat!!..Perhatikan!!..Apabila seorang muslim yang baligh ingin mula membaca Al-Quran maka pada ketika itu hukumnya telah berubah menjadi WAJIB..Maksudnya bila kita mula nak baca Al-Quran maka wajib kita baca dengan BERTAJWID.

Adalah haram lagi berdosa jika seorang yang tahu bahawa dia tidak boleh membaca Al-Quran dengan betul  tetapi dia tetap membacanya dengan bacaan atau sebutan sendiri-sendiri dan…dalam masa yang sama dia “tak hingin “ pun nak belajar membetulkan sebutannya. Tapi jika dia tahu dia baca tak betul tapi oleh sebab terlalu cinta dan ingin baca Al-Quran lalu dia baca walaupun dengan sebutan yang kurang elok maka hukumnya di maafkan..tapiiiii!!!! ingat!!!!...dalam tempoh itu dia mesti tetap belajar membetulkan sebutannya dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak!! Maka hukumnya sama dengan yang pertama tadi.

Alaaa!!! Kenapa sampai macam tu??..habis tu kalau baca Quran tak betul pastu tak nak belajar tak dapat pahala ke??..yela, kan kita baca selalu kan..macam sehari tu kita baca 2 muka esok 2 muka..jadi dalam sebulan dua tu boleh la khatam kan..takkan macam tu punya istiqamah pun tak dapat pahala jugak??..susah la macam tuuuu!!..

Jawabnya ; sesuatu amalan yang baik itu di kira sebagai “ibadah” apabila kena dengan syarat dan rukunnya. Jika tidak,  bukan sahaja tak dapat pahala, dosa lagi dapat..banyak pulak tu!!..

Habis tu ustaz, kenapa sampai berdosa tu??..

Jawabnya ; kau tulis satu sajak katakan. Lepas tu tetiba ada sorang mamat tu suka-suka hati ubah sajak kau macam laki mak dia punya. Kau marah tak??..berapa punya bagus sajak aku suka-suka hati kau nak ubah buat macam sajak laki mak kau!!..maka kita kena ingat Al-Quran itu adalah kata-kata yang suci milik peribadi Allah yang Maha Suci. Kalau kata teks itu milik Raja –raja Melayu pun kita dah tak berani nak usik apatah lagi nak ubah. Tapi ini Raja segala Raja yang tidak ada lah segala raja-raja di dunia ini kecuali semuanya di jadikan oleh DIA semuanya. Maha Tingginya Allah begitulah tingginya kalam miliknya.

Tau tak kenapa Yahudi di laknat oleh Allah sampai hari akhirat??.. salah satu sebabnya kerana mereka itu mengubah ayat-ayat Allah dalam kitab-kitab Nabi yang dahulu.

Dalam surah al-Baqarah ayat 75 Allah berfirman :
أفتطمعون أن يؤمنوا لكم وقد كان فريق منهم يسمعون كلام الله ثم يحرفونه من بعد ما عقلوه وهم يعلمون
75. Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, Padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui.
* Yang dimaksud ialah nenek-moyang mereka yang menyimpan Taurat, lalu Taurat itu dirobah-robah mereka; di antaranya sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang tersebut dalam Taurat itu. 

Ubah itu satu perkara yang sangat besar yang mana ia menempa murka dari Allah. Jadi, apa pulak kaitannya dengan baca quran ni??..dengar ni!!..seorang yang baca Al-Quran dengan salah..katakan silap yang dia buat tu silap yang besar atau “jaliy” seperti menukar huruf yang asal pada kalimah Al-Quran. Maka tukar ini samada mengubah makna asal atau tidak hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Kalau mengubah makna tengok pula pada makna yang berubah itu. Andai kata ayat itu memuji Allah tiba-tiba berubah menjadi ayat yang mencela Allah maka boleh membawa kepada syirik. Sebab itu lah hukumnya berdosa kalau baca ikut suka hati kita tanpa tajwid. Cuba kita tengok contoh di bawah ;



Nampak tak betapa besarnya perubahan makna yang berlaku??..itulah sebabnya mengapa perlu belajar tajwid bila mahu baca Al-Quran...ok..setakat ini dahulu untuk siri pertama.



Sehingga kita bertemu di siri yang kedua.....

Ulama' Jahat Yang Lebih Jahat Dari Dajjal Dan Lawannya



Ulama' itu ada dua jenis. Pertama Ulama' akhirat. Kedua Ulama' Dunia.
(1) Ulama' Dunia : Mereka mengetahui hukum yang zahir seperti halal dan haram, sah dan batal, makruh dan mubah, sunat dan fardhu, rukun dan syarat, dan mengetahui rukun yang pada dunia seperti hukum nikah sahnya dan batalnya, hukum berniaga sahnya dan batalnya, halalnya dan haramnya, dan mengetahui perselisihan pandangan di antara ulama'. Tetapi mereka kasihkan dunia dan segala kemuliaannya. Sabda Nabi : أنا من غير الدّجّال أخوف عليكم من الدّجّال فقيل وما هو يا رسول الله فقال علماء السّوء : (selain dari dajjal, ada perkara yang lebih aku takutkan atas kamu. Maka di tanya ; siapakah itu Ya RasuluLLAH? Maka sabda Nabi mereka adalah Ulama' yang jahat).
 
Mereka tidak beramal dengan ilmu mereka dan sangat suka berdampingan dan menziarahi Raja-raja dan pembesar-pembesar dari kalangan pemerintah. Dan jika mereka berkhidmat dengan pemerintah mereka akan menjadi hamba kepada pemerintah iaitu mereka akan mengiyakan segala perbuatan salah pemerintah dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta hadith Nabi secara salah untuk membenarkan perbuatan jahat pemerintah. Mereka melakukan ini kerana mereka takut kehilangan pangkat dan harta dunia jika berkata benar.

Oleh itu hendaklah jauhi diri dari mereka atau menuntut ilmu dari mereka. Kerana mereka ini lebih jahat dari Syaitan dan tidak berkat ilmu mereka. Kerana belajar dari mereka menyebabkan jahat sangka dan membawa kepada hilang keberkatan.


Manakala sebaliknya...


(2) Ulama' Akhirat : Mereka tidak suka akan kemuliaan dan kemegahan dunia dan mereka beramal dengan ilmu mereka serta takut kepada amaran Allah. Mereka cinta akan ilmu-ilmu untuk menyucikan hati iaitu ilmu tasawuf. Mereka benci segala maksiat zahir seperti mengumpat, menipu, zina dll, serta maksiat batin yang di cela oleh syara' seprti riya','ujub, sum'ah, takabbur, hasad dll.

Mereka ini tidak mendambakan upah dunia dari ilmu yang mereka ajarkan, tidak suka marah dan suka memaniskan muka ketika berjumpa pelajar mereka dan manusia lain.


Maka hendaklah merendah diri kepada mereka (beradab) dan tuntutlah ilmu dari mereka sekalipun mereka adalah seorang hamba berkulit hitam. Sesungguhnya menuntut dari mereka akan mendapat berkat ilmu.

Isnin, 20 Februari 2012

Anak Luar Nikah Dan Hala Tuju Negara

Gambar Contoh

Boleh anda bayangkan 10 hingga 20 tahun akan datang bayi-bayi ini akan membesar. Kemungkinan mereka akan membina satu persatuan. Mungkin juga satu parti yang memperjuangkan kepentingan mereka yang lahir luar nikah.


Mungkin sekarang mereka malu untuk di kenali sebagai anak yang lahir tanpa nikah yang sah. Tapi bayangkan jika suatu hari mereka mempunyai wakil di parlimen untuk memperjuangkan hak mereka di negara ini seperti yang berlaku di negara-negara barat. Di negara barat anak-anak luar nikah di kenali dengan subang yang di pakai di telinga mereka. Mereka ini mempunyai hak yang sama dengan anak yang sah taraf. Darjat mereka sama dengan anak yang sah taraf. Oleh itu mereka tak perlu malu untuk lahir sebagai anak luar nikah.

Jika kita lihat kepada suasana politik sekarang adalah tidak mustahil jika perkara yang sama akan di amalkan di negara kita ini. Bagaimana Melaka sebagai negeri pertama yang mengasaskan pusat penempatan anak-anak luar nikah. Dengan maksud sesiapa pun boleh berzina tanpa rasa bersalah dan takut kerana kini Melaka telah menyediakan tempat untuk membiakkan bayi-bayi yang bakal lahir itu nanti dengan segala kosnya di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kan mudah tu??..berzinalah sepuas hati binatangmu kerana kerajaan bisa mengampunkan perbuatan harammu itu bahkan kerajaan dengan rela hati sanggup membela anak-anak harammu itu.

Sikap kerajaan dan pemimpin yang buta agama beginilah yang sebenarnya merancakkan lagi maksiat zina di kalangan muda mudi. Kerana mereka tak perlu risaukan apa-apa. Mereka hanya perlu fikirkan pusat penempatan mana yang perlu mereka pilih untuk membuang bayi-bayi hasil kerja haram mereka. Apatah lagi semuanya free!!

Oleh itu, semua pihak perlu wajib berperanan dalam membanteras gejala haram zina ini dari terus berleluasa dan membarah dalam masyarakat kita kerana akhirnya di takuti 'tulah' jahanam itu akan terpercik ke baju kita sendiri malah anak-anak keturunan kita sama. Ibu bapa mempunyai amanah yang paling utama untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan agama yang jitu agar anak-anak dengan upaya iman mereka tidak akan memilih untuk terjun ke jurang hina ini.


Melentur buluh biar dari rebungnya.............

Enam bayi luar nikah lahir dalam sejam

(21 Febuari 2012)


MASHITAH beramah mesra dengan remaja yang mendiami Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA - Purata enam bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara ini bagi setiap sejam hasil perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008.
Perkara itu yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar di JPN pada 2008 hingga 2010.
“Itu angka yang didaftarkan, mungkin ramai lagi bayi yang tidak didaftarkan kita tidak tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di sini semalam.
Turut hadir ialah Yang Dipertua rumah kebajikan itu, Juhaidi Yean Abdullah.
Kata Mashitah lagi, purata dalam setahun seramai 50,727 bayi tidak sah taraf dilahirkan manakala dalam sebulan seramai 4,227 dan sehari adalah 141 bayi.
“Dalam hal ini ibu, bapa perlu memainkan peranan mereka supaya anak-anak yang mengandung anak luar nikah tidak melakukan tindakan sehingga membuang bayi mereka.
“Ada tempat perlindungan seperti di Baitul Fiqh ini yang boleh membantu, anak-anak mereka kembali ke pangkal jalan dan membantu meneruskan kehidupan seterusnya,” ujarnya.

Maqam Nahawand Oleh Syeikh Mustafa Ismail

Bacaan surah at-Toriq dengan menggunakan tarannum Nahawand oleh Qari Awal Mesir Syeikh Mustafa Ismail. Satu bacaan yang penuh dengan seni yang menggamit hati. Satu-satunya qari yang mempunyai kelebihan yang sangat istimewa dari sudut seni suaranya. Beliau dapat menggubah tarannum al-Quran dengan gaya yang tersendiri yang sehingga ke hari ini sukar untuk di tiru oleh ramai pencinta tarannum bil quran. Bagi mereka yang mendalami bidang ini kebanyakannya mengiktiraf beliau sebagai qari yang mempunyai seni tarannum yang paling hebat yang tidak dapat ditandingi sehingga ke hari ini.

Sama-sama kita hayati bacaannya...



Assalamualaikum

Assalamualaikum semua..
Apa kabar?? dan selamat datang ke blog saya..